Shabery: Tidak merokok syarat dapat bantuan kerajaan – TheMalaysianInsider

Say No to ROKOK!

KUALA LUMPUR, Dis 28 – Tabiat tidak merokok mungkin dicadangkan sebagai prasyarat untuk belia dan pelajar yang memohon bantuan kerajaan.

Mentri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata cadangan itu disuarakan kerana banyak pihak terutamanya belia dan pelajar masih mampu membeli rokok meskipun harga rokok sudah beberapa kali dinaikkan.

“Dia kata dia miskin, dia tiada apa-apa. Tapi kalau boleh beli rokok, kita kata anda tidak layak terima apa-apa bantuan. Rokok mampu beli, kenapa lain tak mampu beli,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Mentri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam bahawa mulai Jan 1, harga minimum rokok ditetapkan kepada RM6.40 bagi 20 batang atau dikira pada harga 32 sen bagi sebatang.

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Tindakan itu adalah untuk mengurangkan kemampuan membeli rokok terutamanya oleh golongan muda dan yang berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

Ahmad Shabery berkata permohonan bantuan kerajaan seperti Program  Perumahan Rakyat Termiskin atau bantuan lain daripada pemohon yang mampu melanggan stesen televisyen berbayar atau menghisap rokok juga perlu dipertimbangkan sebelum diluluskan.

“Orang mendakwa diri miskin dan perlu bantuan tetapi dalam masa yang sama mereka memiliki barang-barang mewah yang tak patut mereka miliki dan mereka sepatutnya tak pohon,” kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata meskipun peraturan itu tidak termaktub dalam mana-mana undang-undang, ia sepatutnya dijadikan pertimbangan sebelum mereka layak diberikan bantuan atau sebaliknya.

Mengenai cadangan hasil cukai jualan rokok bukan sahaja disalurkan kepada pembangunan bola sepak negara tetapi turut disumbangkan kepada sukan-sukan yang lain, Ahmad Shabery berkata beliau akan mengemukakan kertas cadangan itu kepada KeMentrian Kewangan.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) serta melancarkan Ekspedisi 1Belia 1Malaysia yang dianjurkan keMentriannya dengan usahasama Majlis Belia dan Sukan.

————————————————

haaa! kepada para perokok, berhenti lah cepat2. Nanti tak dapat governement loan baru tau ;)

Advertisement

1 Comment

  1. omesian said,

    December 31, 2009 at 8:51 pm

    ni semua rubbish.
    kalo cam2 orang POLITIK stop SMOKing…
    dan jangan dibawah pengaruh ALKOHOL>>
    muahaha..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.